Jumaat, 22 November 2013


Nostalgia6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JENTIKAN HATI

SEBELUM AKU PERGI

Sebelum aku pergi

Aku ingin ceritakan segalanya

Tentang diriku,hidupku dan nasipku

Untuk kamu yang akanku tinggalkan

Sedikit masa lagi.

Sebelum aku pergi

Aku akan kisahkan

Apa yang aku alami,rasai.lalui dan nikmati

Untuk penanda dan sempadan

Bagi yang ada keterlanjuran.

Sebelum aku pergi

Akanku beritahu

Kisah suka dan dukaku

Kerana aku dilahirkan dalam serba kekurangan

Agar jadi peniup semangat kepada yang tinggal

untuk terus bersemangat tanpa berputus asa.

Sebelum aku pergi akanku catat segalanya

Apa yang kulihat dan dengar sendiri

Agar kamu baca dan fikirkan

Sebagai padoman dan tidak tersasar kelak

Dalam mengemudi haluan kehidupan .

Sebelum aku pergi

Ingatlah bahawa besi akan berkarat

Yang agung akan jadi hamba

Baik menjadi durjana

Gagal akan ke mercu

Licin akan calar.

Nukilan Rasa: SAIDI LIASAN

Tahun 2009

RODA WARNA © Saidi Liasan G Ogos 2013:
  • Ke Laman Utama