Nostalgia1
JADUAL REVIEW HOSPITAL
| TARIKH | HOSPITAL |
| 13/8/2013 | QEH |
| 19.11.2013 | QEH |
| 4.3.2014 | QEH |
| 27.11.2013 | BLRN |
| 24.2.2014 | BLRN |
|
|
|
|
|
|
27 November 2013 review dr hosp blrn.Dr nak tahan sudah tapi saya minta tangguh dan akan masuk wad pada hari Isnin,namun dr minya saya jumpa dr pada 29 November 2013.Saya pun ikut arahan.29 Nov 2013 jam 2 pm saya masuk wad 2 kali bacaan gula pada paras HIbacaan ke 3 adalah 26 mol.jam 11 mlm mula suntikan insulin dos 10.Bacaan pagi 30 Nov adalah 9 mol,bacaan jam 1 am adalah 13 mol.Dr menyatakan suntikan insulin adalah pilihan terbaik kerana kurang memberi kesan terhadap buah tttt pegawai datang untuk tunjukcarai menggunakan suntikan sendiri,kuning 3kali sehari disuntik 2inci drp pusat sebelum makan,warna putih diskkuntik sekali sebelum tidur.Set no 2 tekan utk keluarkan angin kemudian set semula ke no 6 dan picit sikit dan tekan untuk jarum.Sebelum jam 5 pm bacaan 21 mol.
BANTUAN FISIOTERAPI
PILIHAN TERBAIK
Keputusan dibuat tanpa desakan.Doktor pakar telah memberikan jaminan bahawa melalui pembedahan inilah sahaja caranya untuk mengelak daripada terus menggunakan ubat,menahan sakit dan kesukaran pergerakan.Doktor tidak menjanjikan saya boleh berjalan seperti biasa Cuma menyatakan bahawa kejayaan pembedahan mengikut stastistik javascript:void(0)sedunia adalah 95% berjaya.Saya Yakinkan diri dan tawakal.Saya akur dan terima apa sahaja kemungkinan asalkan saya tidak menderita daripada terus-menerus dalam kesakitan.
Doktor pakar memberikan saya pilihan untuk menggunakan alat;
1. Berharga RM 7,500.00
2..Berharga RM 9,800.00
3. Berharga RM 11,500.00[Produk terbaru ]
Saya membuat pilihan memilih produk terbaru dengan harapan itu adalah di antara yang mungkin terbaik.Saya telah menggunakan kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak selama 6 bulan dan menjalani fisioterapi 2 kali dalam sebulan ke Hospital Sandakan.Bulan ke 6 saya mula menggunakan fremwalker dan bulan ke 7 sudah menggunakan tongkat.Alhamdulillah saya pada masa sekarang ini banyak bergerak menggunakan tongkat.
SEBELUM AKU PERGI
Sebelum aku pergi
Aku ingin ceritakan segalanya
Tentang diriku,hidupku dan nasipku
Untuk kamu yang akanku tinggalkan
Sedikit masa lagi.
Sebelum aku pergi
Aku akan kisahkan
Apa yang aku alami,rasai.lalui dan nikmati
Untuk penanda dan sempadan
Bagi yang ada keterlanjuran.
Sebelum aku pergi
Akanku beritahu
Kisah suka dan dukaku
Kerana aku dilahirkan dalam serba kekurangan
Agar jadi peniup semangat kepada yang tinggal
untuk terus bersemangat tanpa berputus asa.
Sebelum aku pergi akanku catat segalanya
Apa yang kulihat dan dengar sendiri
Agar kamu baca dan fikirkan
Sebagai padoman dan tidak tersasar kelak
Dalam mengemudi haluan kehidupan .
Sebelum aku pergi
Ingatlah bahawa besi akan berkarat
Yang agung akan jadi hamba
Baik menjadi durjana
Gagal akan ke mercu
Licin akan calar.
Nukilan Rasa: SAIDI LIASAN
Tahun 2009
KETENTUAN DAN KESABARAN
Apa yang saya garapkan dalam ruangan laman peribadi ini adalah satu ruang catatan untuk menyatakan sesuatu dan apa juga tentang saya yang boleh dijadikan makluman kepada rakan,majikan dan sesiapa sahaja secara terbuka tanpa privacy.
Ada sesuatu yang mungkin perlu diketahui dan dikongsi melibatkan:-
1. Pertimbangan Wajar
2. Tindakan Agresif
3. Semangat Dan Kecekalan
1. Pertimbangan Wajar
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya,walau apa yang akan menjadi kenyataan tidak lagi seperti sedia kala.Bagi keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang sakit akibat daripada apa juga penyebab,maka tabah hati merupakan kunci dalam menanganinya.Sentiasa memberikan tumpuan dan perhatian,memberikan layanan,perhatian dan kata semangat kepadanya.
Kita harus tahu dan faham bahawa perasaan dan pertimbangan seseorang yang sedang dalam menanggung derita sakit amat rapuh dan goyah.Sentiasa rasa tersinggung dan rendah diri tetapi akan mengeluarkan kata yang menyinggung orang lain.Bagai orang meracau dalam tidur.
2. Tindakan agresif
Begitu mudah bertindak agresif dan ditunjukkan dalam bentuk kata-kata seperti menyumpah dan menghina atau perlakuan kasar seperti merebahkan kerusi meja dan sebagainya.Ini adalah di antara kemuncak perlakuan yang dapat kita lihat kepada seseroang yang sedang mengalami derita sakitnya.Adakalanya menangis,menyepi dan menyendiri.Ahli keluarga hendaklah memberikan respon yang bijaksana mengikut tahap umur dan pemikiran ahli keluraga kita yang sakit itu.Minta beristhigafhar dan mengingati ASWT dan mensyukuri peluang yang ada.
3. Semangat Dan Kecekalan
Dua fakta ini amat penting bagi pihak keluarga yang sedang menanggung ahli keluarga yang sedang dalam keadaan sentiasa mencari ubat,penawar di samping temujanji doktor.Terus berusaha dan sentiasa memberikan harapan yang tinggi bahawa pada suatu masa nanti keadaan akan berubah juga hasil daripada usaha yang tidak duduk diam itu.Yang berkenaan pula harus menguatkan semangat seiring dengank emahuan dan harapan ahli keluarga.Terus berusaha sema ada melakukan fisioterapi,makan ubat ikut jadual dan menjaga segala makan dan minum.Jangan mengalah...
BERSYUKUR DI ATAS PELUANG INI
Saya adalah diantara insan yang percaya kepada keajaiban dan kuasaNya.Saya mensyukuri dengan apa yang telah diberikan di atas satu hakikat peluang dalam satu kehidupan yang perlu diteruskan.
4 malam 5 hari tidak ada respon dan pada ketika itu detik cemas untuk keluargaku dalam pasrah sedang para doktor yang bertungkus lumus melakukan sasuatu ikut prosedur dan saya berjuang dalam menantikan keizinanNya untuk mendapatkan ruang untuk hidup lagi.
2 orang doktor telah memberikan peringatan kepada isteriku supaya menghubungi keluarga terdekat.Bersedia menghadapi situasi yang pada ketika itu hanya denyutan nadi yang ada secara realiti tetapi dalam masa yang sama bagi Allah SWT sedang memberikan laluan untukku.
MENGAPA PERLU DIREKODKAN?
Terdapat berbagai cara seseorang merekamkan luahan dan cetusan rasa mengikut zaman dan keadaan semasa.Kelazimannya dengan merekamkan apa juga siituasi,peristiwa dan kejadian melalui ingatan dan kelak diterbitkan secara bertulis dan berilustrasi dalam buku.Zaman teknologi masa kini telah menambahkan kepelbagaian cara seseorang berkarya.
Bahan dan maklumat yang dirakamkan sudah pasti ingin disimpan supaya pada suatu ketika apabila perlu,segalanya boleh dicapai dengan cepat,tepat dan boleh dicapai pada bila-bila masa dan walau di mana juga seseorang itu berada.
Maklumat dan bahan yang ingin disampaikan adalah bergantung kepada kedudukan dan di mana bidang seseorang berada pada lingkungan ilmunya.Orang politik dengan jatuh bangun status merujuk kepada gelombang politik,peniaga dengan arus untung rugi,Pengurus dengan kejatuhan dan kecemerlangan industri urusannya.Apa pun bidang yang diceburi oleh seseorang itu sudah pasti ada ceritanya.
Mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk menggarapkan apa yang berlaku terhadap persekitaran,kerjaya dan diri kita secara terperingkat dan berhemah.Adakah kita tidak mempunyai masa untuk semuanya itu?Tiada kepakaran menyediakan tapak berkarya melalui laman web atau blog?Persoalan ini bergantung kepada kemahuan dan daya usaha seseorang.
Oleh itu segalanya simpan ditulis dalam buku diari dan apa juga catatan lain sebagai rekod pada masa akan datang?
BERMULA TANGGUNGJAWAB
26 Jun 2009 merupakan hari bermulanya saya memulakan tugas setelah keseluruhan hari cuti yang begitu panjang menghampiri 400 hari telah berakhir.
Walau saya berkerusi roda untuk bergerak sepenuhnya namun semangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik sudah menebal dan berkobar.
SEMUANYA HARUS TABAH
Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi situasi,rasa dan keadaan kepada ahli keluarga yang daripada mula atau secara tidak diduga akan mendepani ahli kelurga yang kurang bernasib baik akibat daripada kemalangan atau penyakit yang kelak mengubah keadaan hidup seseorang daripada keadaan biasa.
Sesungguhnya peluang yang ada sebenarnya menguji kita sebagai orang yang melihat dan yang menanggung akibat itu,memberikan pernyataan bahawa di antara kasih dan sayang sebagaimana tidak ada batasnya apatah lagi apabila kita berserah segalanya adalah dengan kehendakNya.
Siapakah yang mudah terasa kecil hatinya,mudah terpinggir,mudah berputus asa dan sering diulit rasa pemarah...jauh hati dan mempertaruh bahawa terlalu menyusah sudah AKU untuk kamu..?Ada kalanya seperti saya ini sering memberikan kenyataan ...menyusahkan saja ba aku ini ...Bagusnya kalau....
RENTETAN KENANGAN
Dalam ruangan ini pastinya menceritakan tentang perjalanan hidup sama ada suka duka dan untungn nasip selama mana hayat dikandung badan.Rakan seperjuangan semasa di kampung halaman semasa kecil dulu antara mungkin masih mengenali dan ingat akan kisah silam.Demikian juga rakan sedarjah atau satu sekolah semasa di peringkat sekolah rendah,menengah,maktab dan universiti.
Mengimbau kisah silam dan adanya catatan peristiwa kerana adanya kawan-kawan yang turut sama memainkan peranan.siapa yang nakal,selalu membuli,pernah berkelahi atau lebih erat hubungan kerana bermain dalam satu hobi yang sama dan sebagainya.
Dalam jangkamasa sebegini lama maka yang masih segar dalam ingatan sudah pastinya terpahat dalam nubari kita.Kenangan dan kisah silam itu dapat diselami jika ada kesempatan untuk bertemu dan bertegur sepa setelah sekian lamanya tidak berkesempatan.
Berbagai berita dan perkhabaran yang tinggal didengar atau dimaklumi mealui apa juga cara.Ada yang sudah terlebih dahulu disayangi Tuhan,ada yang yang berjaya dalam kerjaya dan tidak kurang pula yang melawan rasa dan tabah menempuh hidup yang telah kekurangan.
Kita tumpang gembira kepada rakan kita yang berjaya dalam hidup,kita tumpang sedih kepada yang kurang bernasib baik dan kita tinggal mengingat kepada yang telah lama pergi meninggalkan kita yang hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan